Thursday, March 31, 2005

ADAKAH INI ENTRY TERAKHIRKU???

Eh kenapa dengan kau nih? Tetiba je nak resign dari blog?Ada apa-apa ke nih? Entah laa aku pun tak tau....pasal letih kot?Laaa kita sebagai manusia mesti menghadapi masalah...,takkan ko give up pulak???Bukan give up cuma terasa letih yang teramat sangat. Aku dah tak larat memikul bebanan ini. Habis tu selama ni ko anggap blog nih membebankan kau ke? Tak..., bagi aku blog ni sumber melepaskan perasaan, aku sayangkan blog ni sangat!!! So kenapa kau nak quit??? Kerasa hidup mesti terus dan begitulah seterusnya sehingga kita dijemput mengadap Tuhan. Macam aku cakap tadi aku dah letih, lagi pun aku anggap aku bercuti. Tengok laa kalau hati aku terbuka balik aku akan aktif balik berblog...Aku harap kawan-kawan memahami aku kenapa aku mengambil keputusan nih.............
SilverBulletit : Nanti aku akan pulangkan bluetooth, kalau tak pon bulan 6 aku datang jumpa ko melantit sama-sama. Aku ingat nak beli je dari kau :p
Kepada semua bloggers teruskan usaha anda. Mungkin aku dah kalah... :-( Tapi perjuangan kalian mesti diteruskan.....
P/S: I Love U So Much Sabrina And I`m Really Mean It!!!
Wassalam

Wednesday, March 16, 2005

Assalamualaikum

Ketika aku menulis entry ini aku berada di opis kerana membuat kerja yang banyak. Entahlah.......semenjak dua menjak ni aku rasa dugaan yang datang kali ini bertali arus. Bagi mereka yang dah tau, mak aku jatuh sakit :-( Aku rasa amat tertekan. Aku tau ini semua ujian dariNya cuma kadang-kadang aku rasa seakan tidak termampu untuk menghadapinya. Tapi bila melihat muka mak aku, aku terpaksa menguatkan semangat untuk terus berusaha mengubatinya. Sedih............bila melihatkan mak aku. Mak...., selagi nyawa dikandung badan petz berjanji akan berikhtiar sedaya mungkin untuk mencari penawarnya. Biarlah ujian ini berakhir dengan cepat. Aku hanya mampu bertahan........, dan berdoa kerana hanya itu yang aku termampu. Mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mak dengan linangan airmata....semoga mak cepat sembuh.
Kawan-kawan....,maafkanlah aku kerana tidak dapat menyertai aktiviti-aktiviti bersama kalian kerana aku mempunyai sesuatu untuk diuruskan. Hanya aku pinta agar kawan-kawan aku turut sama mendoakan mak aku supaya sembuh cepat. Aku tak bermaya....
Aku hanya insan biasa, hina lagi lemah. Aku tak tau nak cakap apa lagi....
Wassalam
P/s : I Love You Sabrina..., I Miz You So Much.....

Tuesday, March 08, 2005

PENGUMUMAN KHAS

BLOG INI AKAN BERCUTI MULAI HARI INI SEHINGGA KE SATU TARIKH YANG AKU SENDIRI TAK TAU. SEKIAN TERIMA KASIH..............
P/s: I love You Sabrina :-) Kasih I untuk You tak bercuti.....